Saturday, November 29, 2008

KAWAN or KAWAQ

ari ni date line aku punya rancangan perniagaan so.. alhamdullillah semuanya dah siap. esok nak pi submit loan.. harap2 tu berjaya insyaalah... pasni bleh ler aku fokus kepada keusahawanan internet plak.. mengikut pengalaman aku yang dah berkali- kali jatuh dan bangun ni... kita sebagai manusia memang banyak idea, nak buat itu and nak buat ini tapi itu baru teori. Yang susah bila kita nak jalankan satu-satu projek tu.. aku sendiri dulu main2 jer bila nak buat projek...hancuss. satu lagi pengalaman aku yang paling paling aku terkilan adalah KAWAN!!! bukan semua kawan boleh jadi kawan dan bukan semua musuh boleh jadi musuh. haru tu..

Pada aku  kawan banyak jenis sebenarnya... kawan yang kita kenal disatu tempat macam sekolah, kampung,tempat kerja,rumah atau pun kawan zaman internet macam blog aku ni ke, myspace, friendster and memacam lagi jenis tempat. ada kawan yang kita dapati macam paham sangat dengan kita.. kawan macam ni susah sikit nak ada sebab makan masa sikit tapi kalau ada kita nak berkepit lebih dari isteri. nak pi minum , nak pi cuti, nak pi kedai kira nak buat apapun kena ada kawan ni... pada aku tu pun kawan yang ok. 

Kawan yang paling best adalah kawan yang jujur... tak  semestinya kawan ni mengikut cakap kita je,  kekadang tu apa yang dia rasa tak betul atau kita buat silap, mesti dia bagi pendapat yang bernas. selalunya kawan macam ni dia sokong kita tetapi akan membangkang kalau sesuatu yang kita buat itu akan menyebabkan perkara negative berlaku kat kita...

Last... kawan tikam belakang!!!! yang ni bersepah kat merata alam... aku boleh nampak, korang boleh tengok apa saja jenis senjata di belakang aku ni... pisau, parang, cangkul ehhh macam2 ada! sabor aje lah... kawan macam ni korang kena berhati hati sikit pasal orang macam ni depan punya la baik... tapi tak jujur.. baik pun pasal ada benda yang diaorang nak amik atau nak sembunyi... susah cakap ler..  pada bekas kawan2 aku yang jenis macam ni aku ucapkan jutaan terima kasih kerana menaikkan motivasi diri aku untuk maju.. isyaallah  kali ni tanpa korang.. amin

Wednesday, November 26, 2008

orang kuat Jawla Enterprise

ari ni aku nak cerita tentang sahabat sahabat aku yang bersama dalam apa jua keadaan... yang pertama adalah Azhar, dia ni muda lagi walaupun rambut dah jarang... hahaha jangan marah brader. dia punya hati gred A, jujur, cool, pendengar yang bagus dan yang paling penting manusia yang paling faham masalah aku bila aku jatuh. kalau orang lain kalau kita jatuh, diaorang pijak lagi... thank you bro.. InsyaAllah kita naik balik.  

Tuesday, November 25, 2008

LEPAK@JAWLA CAFE

aku punya projek cafe pun dah 95% nak siap, sekali ngan blog tu http://jawlacafe.blogspot.com menarik tu... bagi aku sempoi ler. fokus macam sifu syed ikhwan (videousahawan team) cakap.. semoga Allah memberkati usaha aku ini demi keluarga, sahabat2 yang sentiasa menyokong dikala senang dan susah serta faham akan perjuangan yang aku buat ni... aku x kan lupa korang punyer.... 



terlupa plak nak tulis blog kelmarin... tgh fokus ngan projek cafe... nama cafe kita " Lepak@Jawla Cafe" amacam sempoi tak? sume dah siap tinggal nak print and binding jer... pastu g antar kat mara... semalam isteri saya lupa wedding annyvesarry adakah patut?... x patut. salah ler plak letak gambo bini... sebelah ni gambo peberet artis  "Nancy Ajram" tu yang control cun baru ler isteri kita... 

my wife lupa tarikh kahwin.....

ari ni wedding annivesarry aku but my wife ni buat dono jer... ingat ke lupa.. ni yg nak merajuk seratus hari ni..

Saturday, November 22, 2008

ni mat lan "burger" salah seorang pemandu pelancong arab yg service baik giler... kelebihan mudah tersenyum, kelemahan bila marah pun senyum... hahahaha (pagar jarang da)..

Apa yang aku buat.....


aku ni kalau korang nak tau... buat kerja apa pun tapi yang terrer sekali bab bawa pelancong arab.. macam2 cerita ada... selain pada tu sekarang aku punya projek nak buka kedai makan berkonsepkan cafe. kat cafe ni ada wifi, big screen, kemudahan segala urusan pejabat, nak bayar bil pun boleh, nak urus penginapan hotel atau sebarang pakej pelancongan, nah pi umrah ngan haji pun boleh ( aku la jadi official agent untuk Hijjazlegend Tour.. ala kumpulan nasyid hijjaz yg glamour tu la.. jgn jeles ha). ada bayak lagi.. kat sini juga aku akan buat tempat urusan mendapat kan pekeja asing, renew visa apa2 aje yang berkaitan dengan visa atau passport. aku boleh buat rancangan perniagaan dan kewangan untuk pinjaman mara atau tekun ( tapi sendiri punya tak siap2 lagi...hehehe).nak buat event pun boleh. korang tau LIMA (Langkawi International Maritime & Airshow) aku terlibat juga tu... 

video gambo tu...

proudly present my 2nd wife and my 5th boy  amir haikal.. at this time , i'm still not focused to what i intend to do... kacau la.. 

apahal la kepala otak aku ni???? aku punya rancangan perniagaan x siap lagi. nak buat bahagian kewangan tu yang susah sikit tu.. nanti sat, kasi brainwash sikit otak ni...

Friday, November 21, 2008

this is my story lah

ari ni 12hb Nov 2008... aku buat blog dgn harapan anak2 aku yg duk tgh membesar dengan jaya tu tau susah payah abah depa ni buat kerja demi keluargaku tercinta... jam dah 1158hrs aku ingat sambung besok ler...