Pada aku kawan banyak jenis sebenarnya... kawan yang kita kenal disatu tempat macam sekolah, kampung,tempat kerja,rumah atau pun kawan zaman internet macam blog aku ni ke, myspace, friendster and memacam lagi jenis tempat. ada kawan yang kita dapati macam paham sangat dengan kita.. kawan macam ni susah sikit nak ada sebab makan masa sikit tapi kalau ada kita nak berkepit lebih dari isteri. nak pi minum , nak pi cuti, nak pi kedai kira nak buat apapun kena ada kawan ni... pada aku tu pun kawan yang ok.
Kawan yang paling best adalah kawan yang jujur... tak semestinya kawan ni mengikut cakap kita je, kekadang tu apa yang dia rasa tak betul atau kita buat silap, mesti dia bagi pendapat yang bernas. selalunya kawan macam ni dia sokong kita tetapi akan membangkang kalau sesuatu yang kita buat itu akan menyebabkan perkara negative berlaku kat kita...
Last... kawan tikam belakang!!!! yang ni bersepah kat merata alam... aku boleh nampak, korang boleh tengok apa saja jenis senjata di belakang aku ni... pisau, parang, cangkul ehhh macam2 ada! sabor aje lah... kawan macam ni korang kena berhati hati sikit pasal orang macam ni depan punya la baik... tapi tak jujur.. baik pun pasal ada benda yang diaorang nak amik atau nak sembunyi... susah cakap ler.. pada bekas kawan2 aku yang jenis macam ni aku ucapkan jutaan terima kasih kerana menaikkan motivasi diri aku untuk maju.. isyaallah kali ni tanpa korang.. amin
No comments:
Post a Comment