Friday, December 19, 2008

harapan 2009


2009 sikit jer lagi... sebelum2 ni azam tahun baru aku buat tapi gagal.. hmmm teruk rasanya tapi bagi aku tahun ni yang paling teruk dan tahun ni jugak yang paling cemerlang dalam sejarah hidup aku...

So aku cerita yang buruk dulu. first aku ditikam oleh kawan yang aku anggap sebagai kawan baik dalam projek yang aku usahakan dan yang paling melukakan hati aku, rakan dalam projek yang kami usahakan termakan kata2 kawan aku yang dulu aku kenalkan juga. Sudahlah usaha dan tenaga yang aku curahkan tu tak pandang, dihalau begitu saja dari pejabat. Segala paperwork yang aku buat disimpan,email aku ditukar profile, nama aku diburuk2kan pada agent yang aku kenal dan macam macam lagi.... pada dua2 orang yang pernah jadi kawan baik aku tu aku ucap semoga berjaya...

Kedua, Aku ditipu lebih kurang 30ribu oleh rakan dikuala lumpur.. pada aku tu jumlah yang cukup besar ikut taraf hidup aku ni.. akibatnya anak2 dan isteri tak beraya, makan nasi dengan kicap, segala benda tak dapat bayar.. rumah, elektrik sampaikan aku rasa anak aku tak payah pi ngaji Alquran pasal tak mampu.. dan yang paling aku sakit sekali kereta aku ditarik... saborjelah

Last, sebelum aku tau aku kena tipu, aku ada banyak rancangan yang akan dibuat, travel agent sendiri,cafe dan pejabatpengurusan... bila dah tahu yang aku ditipu, segala yang aku rancang dan impikan hancur berkecai hingga aku rasa aku dunia ni gelap pada masa itu! di ulangi sekali lagi pada masa itu


Tetapi sekarang aku lebih kuat.. dan aku bersedia untuk harungi apa saja cabaran dalam melaksanakan impian dan rancangan aku semula untuk bangun.
Benar bagai dikata Setiap musibah itu ada pengajarannya. Terima kasih atas musibah yang datang kerana mengajar aku lebih cemerlang....

Pada Tuhan..                    kau kuatkan hati ku untuk menjadi seorang insan, ketua, suami, kawan, ayah yang kuat semangat.

Pada Kawan..                   waktu ini aku cukup2 kenal kawan..rasanya penilaian aku tak salah..

Pada yang memahami.. Aku tak akan lupa jasa korang, ini azam aku jika aku berjaya!

Pada yang tersayang.... jutaan terimakasih atas kesabaran dan ketaatan.. insyaallah nasib kita     berubah jika kita berusaha.. abah akan bersungguh2.

Pada Buku2 & internet.. Mentor jutawan by Irfan Khairi, VideoUsahawan by Syed Ikwan & gang, Jutawan berani gagal by Billie Lim, Think and grow rich by napolleon hill and others from the internet ( not everything in internet are bad, its depend on what you looking at..)   
 
Pada yang Baca............ Dont take anything so bad.. feel alhamdullilah, work hard and be  positive.. insyaallah we will succes


AZAM TAHUN BARU AKU TAHUN INI.........

BUAT YANG TERBAIK DAN BERSUNGGUH2 DALAM APA JUA BENDA YANG AKU NAK BUAT...... INSYAALLAH..


No comments: