Thursday, December 11, 2008

hijjaz mari



aku pi jeti kuah ari ni nak pi pickup geng dari hijjaz group.. mazlan tepon bagi tau feri pukul 4 petang dari kuala perlis so aku rasa dalam pukul 5 tu sampai ler... tunggu la punya tunggu feri tak muncul2 arr sudah... dah dekat pukul 6 tak sampai2 lagi. aku ni bukan boleh tengok feri lambat fobia. tahun lepas kalau tak salah aku, aku ngan isteri dan amir haikal nak pi makan kenduri di alor setar pastu feri tu kecer kepaboom belanggar daa... aku tengok depan mata aku masa feri tu nak bertembung... family aku alhamdullilah tapi ada kematian jugak. patutnya aku saman syarikat feri tu minta pampasan. glamour kejab pasal masuk berita tv3 kena interview... oklah balik cerita geng hijjaz.. akhir selamat sampai ke bumi langkawi ni.. so yang datang tu Isman, mazlan,nasir and abg mat ghedot... hahah ada cerita tu.
pastu kami pi sebuah tempat yang tak berapa dikenali tapi memang cantik tempat tu.. rahsia ler sikit. kami pi makan kat cenang pastu lepak kat bad telaga arabic kena turkish coffee ngan shisha epal.. pergh. abis dalam kul 12 tgh malam aku antar dia orang tidur dalam hutan.. aku balik tidur di atas tilam yang empuk bersama bantal peluk hidup..

No comments: