dah berapa hari aku tak update blog ni... jiwa kacau betul.. puas aku pikir apahal lah yang serabut giler ni... oooooo... rupa2nya esok aku ada appointment dengan Mara pasal loan ari tu... harap2 tu success ler InsyaAllah..
Banyak yang aku tekad tahun ni... terutamanya keluarga aku yang dah macam tenggelam punca dek kerana kewangan yang amat2 kritikal sekali disebabkan oleh si penipu dari KLIA memang la tak semua tapi korang kalu ada urusan dengan orang yang bernama Azlan atau orang panggil Black kat klia tu sendiri mau ingat! hati aku ni kekadang tu ok kekadang tu kacau jugak.. tambah la plak nak buka sekolah...
Bagi aku mungkin ini dugaan tuhan sebelum aku boleh berjaya kut... entah ler tapi semangat aku boleh tahan kuat jugak cuma kekadang tengok mata anak bini yang tak bersalah tu yang kena tanggung apa yang bapa diaorang hadapi ni mental ler jugak...
So... apa pun esok aku ada perjuangan yang perlu dihadapi....kalah hari ini, tak semestinya kalah selamanya.... ku pohon doa dari mu tuhan agar di buka pintu rezeki untuk ku demi keluargaku, ampun segala kesalahan seluruh keluargaku, buka pintu hatiku untuk sujud padamu ya Allah sesungguhnya kau maha mengasihani dan maha pengampun... amin
1 comment:
Azlan Black tu, kena ingat takkan nak bagi anak bini makan duit haram. FALSAFAHNYA...kita mewahkan pada anak2 dan bini dengan duit ringgit, kita lihat mereka sangat gembira dan tentunya kita sukahati bila anak bini gembira. Tapi kenyataan sebener duit yang kita beri pada anakbini tu adalah HAK ORANG LAIN.Ki sebenarnya menipu bukan saja orang yang hak pada duit itu, malah lebih buruk lagi kita menipu anak bini kita sendiri.Jadi janganlah kita hairan bila anak2 pergi sekolah,cikgu beritahu anak kita mencuri, ikut perangai siapa? Belajar susah dapat(bengap otak), salah siapa,kita memberi makan daripada hasil yang bukan hak kita. Tak ada berkat,jangan lupa doa yang paling makbul adalah daripada mereka yang terananya,tuhan akan makbul doa mereka.
Janganlah kita makan daripada punca yang bukan hak kita. Sbb bila mati, masuk saja lubang kubur, soalan yang pertama di tanya?????
Lantak kau lah BLACK, kau Islam,Entah dulu belajar kat sekolah agama, tapi ingat kau pun ada anak bini....
Post a Comment