Wednesday, December 31, 2008
Monday, December 29, 2008
Tenteramkan jiwaku....
dah berapa hari aku tak update blog ni... jiwa kacau betul.. puas aku pikir apahal lah yang serabut giler ni... oooooo... rupa2nya esok aku ada appointment dengan Mara pasal loan ari tu... harap2 tu success ler InsyaAllah..
Thursday, December 25, 2008
Janji dapat......
Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan.Lalu mereka pergi kesebuah pusat perubatan swasta terkenal di sebelah utara. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seksual yang terlalu kerap.
"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.
Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.
"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.
"Sumaat"
Apa yang korang tersengih tu...... komen la sikit
Aku menyibuk di langkawi.....
Tuesday, December 23, 2008
Kisah pegawai TNB dgn Pengantin baru
Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata,
>> "Sayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."
Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar - benar pasti.
Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka.Pegawai TNB tu pun berkata
>>" ini rumah En. Mahpus ker?"
>>"iya, saya ni isterinya. ada apa encik"
Pegawai TNB tu pun berkata,
>>"Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."
Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu.
>>" APA??? Macam mana pulak encik tahu yang saya ni sebulan lewat???"
Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab
>>"ala puan, ni
Kata - kata pegawai TNB itu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
>>"APAAA???? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "
Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan
>>" Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan"
Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,
>>"nanti saya bincang dengan suami saya.."
lalau pegawai TNB tu pun beredar dari situ..
Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan..
Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ,dia pun memekik seraya berkata
>>"Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh - heboh ke dalam internet. awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???
Lalu pegawai yang datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan.
>>"sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..."
kata-kata pegawai TNB tu membuat
>>"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."
Lalu pegawai TNB tu pun cakap
>>" kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya..........."
Si Mahpus mencelah
>>" apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???
Pegawai TNB tu pun cakap
>>" nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA"
Nak cuti di Langkawi?
Monday, December 22, 2008
letih wo...
Sunday, December 21, 2008
projek ari ni
ari ni aku nat mengecat kat bilik satu lagi nak buat showroom produk kecantikan, tudung, kain, aksesori wanita dan produk untuk lelaki. Pagi tadi aku pi kuah dengan fazly a.k.a. King of 3gp dengan anak bos dia pelajar kolej dijohor*lupa la plak aku nak tanya nama dia.. masa kami duk minum di jeti, kami bercerita tentang kawan2 di lambang sembang dan kepetingan blog. Aku rasa belum terlewat lagi aku nak berjinak2 dengan blog ni.. so aku sarankan pada pelajar2 kalau korang buat home work kat blog pun bagus sebab bila2 masa nak dapat info boleh ambik kat blog.. dan boleh ramai kawan yang boleh bincang pasal satu2 tajuk di blog. semalam aku buat kajian degan chefdinrambo pasal blog dia, blog dia ni pasal receipi masakan hotel. dengan sedikit ubahan blog dia dah pi merata tempat dalam dunia.. sempoy.. sat kita nak pi mengecat dulu...
Friday, December 19, 2008
harapan 2009
2009 sikit jer lagi... sebelum2 ni azam tahun baru aku buat tapi gagal.. hmmm teruk rasanya tapi bagi aku tahun ni yang paling teruk dan tahun ni jugak yang paling cemerlang dalam sejarah hidup aku...
Thursday, December 18, 2008
malas cerita, tengok sendiri ler..
Tuesday, December 16, 2008
langkawi tour with hijjaz
pukul 9 pagi aku sampai di penginapan hijjaz.. ari ni plan kami banyak.. ambik cik zul kat jeti pastu ambik kunci banglo kat tapak projek. buat room inspection kat Sinaran motel.. bilik dia cantik ( isman tolong email kita gambo bilik tu boleh) pastu aku bawa depa pi "you go i no go.." pernah dengar tempat tu.. antara tempat paling menarik di langkawi. Jutaan terima kasih pada Zamri tuan punya bot yang menaja perjalanan langkawi geopark hijjaz. Saya banyak berhutang budi dengan zamri ni.. terima kasih aku tak lupa punya.. kawan macam ni susah nak cari. ok cerita gang hijjaz pulak. kami naik bot pi tengok eagle feeding. kat malaysia mungkin di dunia hanya di langkawi saja yang korang boleh tengok helang makan begitu dekat di alam semulajadi. selesai kami terus pi tengok tapak projek. harap2 hijjaz dapat managed kawasan tu.. memang sesuai untuk percutian keluarga, kumpulan ataupun honeymoon. lepas ni kena cari tempat tidur untuk diaorang pasal ditapak projek ada orang buat perkhemahan dari JPA. nak cari bilik kat langkawi waktu cuti sekolah ni cukup susah tapi dengan bantuan kengkawan kami dapat bilik di Langkasuka resort. Kami check in pastu keluar shoping kat kuah.. depa shoping sampai tinggal kuah.. hahaha. sekali lagi aku antar depa balik hotel, aku balik tidur ditilam yang empuk bersama bantal peluk hidup....
Thursday, December 11, 2008
hijjaz mari
aku pi jeti kuah ari ni nak pi pickup geng dari hijjaz group.. mazlan tepon bagi tau feri pukul 4 petang dari kuala perlis so aku rasa dalam pukul 5 tu sampai ler... tunggu la punya tunggu feri tak muncul2 arr sudah... dah dekat pukul 6 tak sampai2 lagi. aku ni bukan boleh tengok feri lambat fobia. tahun lepas kalau tak salah aku, aku ngan isteri dan amir haikal nak pi makan kenduri di alor setar pastu feri tu kecer kepaboom belanggar daa... aku tengok depan mata aku masa feri tu nak bertembung... family aku alhamdullilah tapi ada kematian jugak. patutnya aku saman syarikat feri tu minta pampasan. glamour kejab pasal masuk berita tv3 kena interview... oklah balik cerita geng hijjaz.. akhir selamat sampai ke bumi langkawi ni.. so yang datang tu Isman, mazlan,nasir and abg mat ghedot... hahah ada cerita tu.
Wednesday, December 10, 2008
amir haikal yang tak tau duk diam
- haikal masa tu bukan main seronok tengok sumi yang banyak macam tu... aku boleh bayang apa dalam fikiran dia tu.. " kalau lah ada sumi banyak ni kat rumah".. sementara nasir dengan gang hijjaz nak mai so aku update ler kejab blog ni.. Diaorang datang nak tengok projek kat satu tempat dilangkawi yang pada aku cukup2 baik sebab kawasan pantai kat situ antara yg terbaik dalam dunia... pastu pemandangan cukup indah then kat situ amat2 tenang. kalau diaorang dapat projek tu boleh la aku selit sikit.. hahaha.. kalu diaorang bagi...
Tuesday, December 9, 2008
selamat hari raya aidiladha
selamat ari raya aidiladha dari aku dan isteri pada semua...
Wednesday, December 3, 2008
Tuesday, December 2, 2008
next step
Saturday, November 29, 2008
KAWAN or KAWAQ
Wednesday, November 26, 2008
orang kuat Jawla Enterprise
Tuesday, November 25, 2008
LEPAK@JAWLA CAFE
terlupa plak nak tulis blog kelmarin... tgh fokus ngan projek cafe... nama cafe kita " Lepak@Jawla Cafe" amacam sempoi tak? sume dah siap tinggal nak print and binding jer... pastu g antar kat mara... semalam isteri saya lupa wedding annyvesarry adakah patut?... x patut. salah ler plak letak gambo bini... sebelah ni gambo peberet artis "Nancy Ajram" tu yang control cun baru ler isteri kita...
my wife lupa tarikh kahwin.....
Saturday, November 22, 2008
Apa yang aku buat.....
aku ni kalau korang nak tau... buat kerja apa pun tapi yang terrer sekali bab bawa pelancong arab.. macam2 cerita ada... selain pada tu sekarang aku punya projek nak buka kedai makan berkonsepkan cafe. kat cafe ni ada wifi, big screen, kemudahan segala urusan pejabat, nak bayar bil pun boleh, nak urus penginapan hotel atau sebarang pakej pelancongan, nah pi umrah ngan haji pun boleh ( aku la jadi official agent untuk Hijjazlegend Tour.. ala kumpulan nasyid hijjaz yg glamour tu la.. jgn jeles ha). ada bayak lagi.. kat sini juga aku akan buat tempat urusan mendapat kan pekeja asing, renew visa apa2 aje yang berkaitan dengan visa atau passport. aku boleh buat rancangan perniagaan dan kewangan untuk pinjaman mara atau tekun ( tapi sendiri punya tak siap2 lagi...hehehe).nak buat event pun boleh. korang tau LIMA (Langkawi International Maritime & Airshow) aku terlibat juga tu...